nuffnang ads

Thursday 24 March 2011

Pengorbanan Seorang IBU




Assalamualaikum sahabat..........


Sekadar Ingin berkongsi dan supaya dapat menjadi pengajaran dan iktibar kepada semua....

Monday 21 March 2011

Tahniah pada Adik-Adikku musim 2

assalamualaikum......

Hari ini ingin rasanya penulis berbicara mengenai program Adik-adikku musim ke-2 yang baru sahaja tamat dengan jayanya malam tadi. Program yang turut disaksikan oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, mencetuskan fenomena terbaru dalam dunia hiburan kanak-kanak. Jika sebelum ini, penonton sering disajikan dengan pelbagai rancangan tv yang lebih banyak menyentuh bakat seni suara permata-permata kita, namun berbeza dengan rancangan yang di terbitkan oleh RTM ini yang mana bakat-bakat yang dicungkil lebih kepada ceramah yang berunsur islamik.





Adik-adik yang terpilih telah dibimbing oleh para Murabbi yang dilantik khas bagi mencorak setiap persembahan yang akan dipersembahkan ketika dipentas. Tahniah pada para peserta yang menyertai program ini sama ada yang menang atau tidak kerana andalah yang terbaik.. Diharap rancangan ini dapat diteruskan pada masa akan datang...

tQ....(^_-)

Tuesday 15 March 2011

Setan pun terkejut

Assalaamualaikum warahmatullah... wabarakaatuh. Tazkirah buat semua... . Ada seorang manusia yang bertemu dengan setan di waktu subuh. Entah

bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka setan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat, setan tersenyum lebar sambil membatin, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"

Ketika waktu ashar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asik dengan kegiatannya, setan mulai terdiam... ... Kemudian ketika datang waktunya magrib, temannya itu ternyata tidak shalat juga, maka setan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu. Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan shalat Isya, maka setan itu sangat panik.

Ia rupanya tidak bisa menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sobat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"

Dengan keheranan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?". "Aku takut

!", jawab setan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada "Adam", telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari

ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu

Monday 7 March 2011

Batal Sembahyang

Pada suatu hari jumaat yang hening amat naik bas ke masjid untuk menunnaikan sembahyang jumaat.

Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Amat dah pon makan tengahari di rumah.

adapon,perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya.

Amat pon membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu. lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping.

Amat pon ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya.

sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pon penuh adanya.

setelah azan berkumandang, pak imam pon mengimamkan solat Zohor berjemaah itu.

Amat pon menunaikan sembahyang berjemaah itu..semasa para jemaaah rukuk termasuk Amat sekali...tiba2 duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul2 jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas2 terik tu..amat pon berbisik kepada orang dihadapannya...

Amat: "jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti.." .. lalu orang itupun menjawab.."alah,setakat 50 sen aku x heran la,tader sape nak ambik duit kau tu".

lalu orang disebelah Amat pula yang terkejut kerana Amat bercakap di dalam sembahyang pon berkata...

" eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap".. selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara

" yang kau bercakap tu aper "....

sahlah..sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen. MORALNYA : jangan bercakap dalam sembahyang..lupakan hal2 dunia bila mengadap Allah Yang Maha Esa..

Silap Pilih Jalan


refreshing your mind............;)

Umur Tinggal Enam Minggu

Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.

"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"

Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".

Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"

"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah."